blog ini sudah tidak dikemaskini-

Saturday, March 08, 2008


wahai kawan2, ingin dimaklumkan.

blog ini sudah tidak dikemaskinikan lagi dan sudah dipinggirkan :D

jadi jikalau anda esp. kawan lama ingin menghubungi saya, boleh emel ke lenyemiliza@yahoo.com

daaaa..

Posted at 09:58 pm by tuan-punye-blog
isH, nak kEne tamBah niH!!  

Diagnosis: Pesakit parkinson tidak boleh sembuh

Friday, May 25, 2007

Oleh Hafizah Iszahanid


Dilema pesakit Parkinson, pesara guru, Niamat Ali, 67 tanggapan masyarakat terhadap pesakit Parkinson adalah hukuman lebih berat daripada penyakit itu sendiri.

Niamat berkata, dia pernah merayu orang ramai membangunkannya dari kerusi hampir sejam, tetapi tidak dipedulikan. Mereka sebaliknya hanya memandang penuh curiga dan langsung tidak bertanya masalahnya.

Pesakit Parkinson yang mengambil ubat selalunya akan berubah-ubah kelakuan dalam tempoh empat jam. Dua jam pertama selepas memakan ubat, mereka tenang dan normal. Sejam selepas itu pergerakan mereka menjadi tidak terkawal. Jika lambat mengambil ubat untuk empat jam berikutnya, pesakit langsung tidak boleh bergerak.

“Masalah terbesar saya adalah bangun dari kerusi dan bangun dari katil. Saya perlu meminta pertolongan ahli keluarga,” katanya.

Niamat seorang yang aktif sukan terutama bola sepak. Malah dia adalah bekas Bendahari Persatuan Bola Sepak Selangor sebelum melepaskan jawatan berikutan serangan Parkinson. Niamat yang sudah 13 tahun hidup dengan Parkinson, sudah lali dengan pandangan dan cemuhan orang ramai.

Katanya dia tidak mahu memencilkan diri semata-mata kerana malu orang mentertawakan dirinya kerana berjalan lambat atau terketar-ketar.

Kisah Niamat bermula dengan rasa kebas di tangan.

Apabila doktor memberitahu dia diserang Parkinson, Niamat terpinga-pinga kerana tidak tahu dan tidak pernah sangka boleh diserang Parkinson.

Walaupun sedih, daripada seorang yang aktif bersukan dan kini menjalani hidup sebagai pesakit Parkinson, Niamat tidak pernah menjadikan itu alasan untuk dia bermurung. Apatah lagi keluarga dan kawan-kawan rapat memberi sokongan.

“Bila saya pergi minum teh dengan kawan-kawan, tangan saya menggeletar. Orang sekeliling tengok dan ketawa. Waktu mula-mula dulu saya tertekan, tapi sekarang saya belajar untuk tidak mempedulikan. Saya sakit, saya bukan buat-buat,”

Kata Niamat, 13 tahun dulu, keluarga banyak membantu pergerakannya. Tetapi selepas berbelas tahun, mereka juga sudah bosan mengendalikan hidupnya. Justeru, Niamat belajar berdikari dan menyelesaikan masalah sendiri.

“Saya tahu dengan pandangan orang ramai, tapi itu tidak menghalang saya untuk duduk di rumah. Dulu saya aktif sukan dan saya tidak boleh duduk diam. Saya akan bersiar-siar dan mengunjungi tempat rekreasi. Kadang kala dengan keluarga kadang kala sendiri,”

Menceritakan pengalamannya, kata Niamat dia pernah tersadai sejam di kerusi kerana tiada siapa yang sudi menolongnya.

“Satu hari saya bersiar-siar dan duduk di taman rekreasi. Saya memang terlupa makan ubat ketika itu. Saya tidak boleh bangun dari kerusi. Saya minta tolong orang yang lalu lalang tetapi tiada siapa nak tolong. Tiada siapa peduli walaupun saya merayu berkali-kali. Saya kata, tolonglah bangunkan saya dari kerusi.

“Saya boleh berjalan dan bergerak tetapi tidak boleh bangun saja. Selama hampir sejam saya merayu, tapi orang ramai hanya lalu dan buat tidak peduli. Saya rasa sangat sedih. Akhirnya saya hayunkan badan ke kiri dan kanan untuk bangun,”

Kejadian kedua pula berlaku dalam tren LRT ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari Ampang ke Petaling Jaya. Niamat tidak boleh bangun apabila sampai di stesen sepatutnya.

“Lama saya cuba bangun, tapi tidak boleh. Tiada siapa sudi tolong, sebaliknya orang ramai hanya memerhati saja. Akhirnya, seorang budak sekolah rendah bertanya ada masalah ke pakcik? Saya kata ya, saya tidak boleh bangun dan dia tolong bangunkan saya,” katanya.

Pengalaman begini menyebabkan kebanyakan pesakit Parkinson memilih untuk memencilkan diri. Kebanyakan pesakit lebih selesa duduk di rumah disebabkan ubat menjadikan pergerakan mereka tidak terkawal.

Sebaliknya apabila ubat tidak diambil pergerakan menjadi lambat dan tangan menggeletar. Bagi pesakit yang tidak mengambil ubat, mereka langsung tidak berupaya bangun. Jika mampu bercakap pun, suara hampir tidak kedengaran.

Pengambilan ubat juga berbeza dari seorang pesakit dengan yang lain. Semakin lama dia didiagnos dengan penyakit, semakin kerap pula dia perlu mengambil ubat. Bagi Niamat jadual pengambilan ubatnya bermula jam 6.30 pagi, 10.30 pagi, tiga petang dan jam tujuh malam.

“Saya tidak mahu hidup terkurung. Walaupun saya pesakit Parkinson, adakah saya tidak berhak untuk hidup dan bersosial seperti orang lain?,”

Apa itu Parkinson?

Penasihat Perubatan Persatuan Parkinson Malaysia dan Perunding Neurologi dan Perubatan, Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Chew Nee Keong, berkata apa yang dialami Niamat adalah pengalaman biasa pesakit Parkinson. Bezanya mungkin kegigihan Niamat untuk terus hidup normal dan tidak mahu memencilkan diri dari masyarakat.

Parkinson kata Chew, adalah kekacauan sistem saraf yang mempengaruhi pergerakan, kawalan otot dan keseimbangan yang berlaku secara perlahan-lahan. Ia terjadi disebabkan kehilangan neuron pada otak yang dikenali sebagai ‘substantia nigra’. Neuron ini menghasilkan bahan kimia yang disebut sebagai ‘dopamine’.

Dopamine bertindak menghantar isyarat ke bahagian otak yang mengawal pergerakan dan membuatkan otak bergerak lancar. Apabila neuron rosak, pengeluaran dopamine terhenti dan tubuh hilang kawalan penuh terhadap pergerakan.

“Parkinson adalah penyakit yang dinamik, maksudnya anda akan menjadi lebih teruk dari tahun ke tahun,” katanya.

Sehingga kini kira-kira 10,000 pesakit Parkinson di seluruh Malaysia. Berbanding dengan angin ahmar atau strok, jumlah Parkinson tidak ramai. Begitupun ia bukan alasan untuk tidak ambil peduli. Apatah pesakit Parkinson dan lain-lain penyakit berkaitan warga tua dijangka meningkat jumlahnya seiring dengan peningkatan jangka hayat warga Malaysia.

Parkinson menyerang mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan selalunya orang Eropah dan Amerika Utara lebih tinggi risiko mendapat Parkinson berbanding orang Asia. Selain itu mereka yang bekerja dalam industri logam berat dan pertanian juga turut berisiko.

“Sebenarnya sehingga kini kajian mengenai punca sebenar Parkinson masih dibuat. Hampir 95 peratus kes Parkinson tidak diketahui puncanya manakala bakinya adalah mereka yang mewarisi secara genetik selain pendedahan terhadap bahan kimia,”katanya.

Chew berkata, walaupun Parkinson menyerang golongan tua, orang muda juga boleh diserang Parkinson seawal 23 tahun. Jika kebanyakan pesakit tua tidak tahu punca mereka diserang Parkinson, selalunya pesakit muda berhadapan dengan Parkinson kerana genetik. Misalnya pelakon Michael J Fox. Malah berdasarkan pengalamannya, boleh dikatakan 50 peratus pesakit di PPUM adalah pesakit muda yang belum mencapai umur 40 tahun.

Di Malaysia risiko Parkinson sama antara lelaki dan perempuan. Manakala kajian di Pusat Perubatan Universiti Malaya tujuh tahun lalu mendapati di Malaysia, orang Cina lebih cenderung diserang Parkinson.

“Risiko Parkinson lebih tinggi di kalangan orang Cina mungkin kerana kesukaan mereka makan sayur mentah tanpa menyedari bahan kimia dalam sayur tinggi. Berbanding jika sayur itu dimasak, bahan kimia akan rosak,”katanya.

Bagi mereka yang pertama kali bertembung dengan pesakit Parkinson, memang kelihatan ganjil dan akan memandang penuh curiga. Ini disebabkan pola tingkah laku pesakit akan berubah-ubah dalam masa sejam.

“Pergerakan mereka akan jadi tidak terkawal antara sejam dua disebabkan pengambilan ubat. Pesakit sedar dengan pergerakan tidak terkawal itu tetapi tidak boleh buat apa-apa. Biasanya kalau ada orang pandang, kalau pesakit itu sensitif dia akan malu. Kerana itu ramai pesakit Parkinson memilih untuk memencilkan diri,”

“Orang selalu tanya mengapa kita mesti heboh tentang Parkinson kalau jumlahnya hanya 10,000 orang? Jawapannya, Parkinson adalah satu daripada beban kesihatan utama di kalangan warga emas. Sekiranya ada 10 ribu tahun ini 10 tahun lagi jumlah itu akan naik. Kita juga perlu ingat jangka hayat warga Malaysia semakin meningkat. Pesakit Parkinson selalu hadapi masalah keluarga dari aspek mental, fizikal dan tidak boleh bersosial. Kerana itu orang awam perlu faham dan tahu apa itu Parkinson,”katanya.

Punca

Parkinson sudah diketahui sejak 1817. Ketika itu doktor berbangsa Inggeris, James Parkinson menamakannya sebagai ‘shaking palsy’. Tetapi kemudiannya ia dikenali sebagai Parkinson.

Walaupun sudah diketahui kewujudannya sejak sekian lama, tiada siapa yang mengetahui sebab sebenar serangan Parkinson. Begitupun, dunia perubatan secara amnya bersetuju Parkinson terjadi kerana tahap dopamine yang rendah di dalam otak. Tetapi penyebab sebenar mengapa substantia nigra yang menghasil dopamine rosak dan mati tidak diketahui.

Sesetengah pakar perubatan mengaitkannya dengan perubahan gen tertentu dalam individu itu sendiri sebagai puncanya. Manakala sesetengah yang lain mengaitkannya dengan pengaruh persekitaran.

Walaupun diketahui, Parkinson boleh terjadi diwarisi secara genetik dan meletakkan sesetengah orang dalam kumpulan berisiko, dia tidak boleh mencegah dari diserang Parkinson. Ini kerana tiada rawatan atau ubat untuk mengelak.

INFO: Parkinson

Parkinson adalah penyakit yang tiada ubat. Ia hanya boleh dikawal dengan ubat supaya pergerakan pesakit pulih dan tangan tidak menggeletar. Dari setahun ke setahun gejala makin bertambah. Pengambilan ubat pula bermula sehari dua kali bertambah hingga empat kali sehari.

Biasanya simptom Parkinson muncul dua tahun sebelum didiagnos. Tetapi pesakit hanya akan tahu dia diserang Parkinson apabila tangannya mula menggeletar dan pergerakannya lambat. Selain Michael J Fox, Parkinson turut menjadi masalah kepada bekas peninju Mohamad Ali dan pemimpin berbangsa Jerman Adolf Hitler.

Simptom

# Tangan terketar-ketar

# Sukar mengimbang dan koordinasi

# Sukar berdiri, berjalan, kaku dan pergerakan yang sangat perlahan

# Dalam masa lama, pesakit sukar senyum, bercakap dan menelan

# Kerap terjatuh

Komplikasi

# Sembelit

# Insombia

# Pesakit kerap terjatuh di rumah dan mungkin mengalami patah tulang

# Masalah jangkitan paru-paru

# Selepas 10 tahun, 10 peratus pesakit akan jadi pelupa

Posted at 12:13 am by tuan-punye-blog
isH, nak kEne tamBah niH!!  

today not my befdei

Tuesday, May 22, 2007

semalam tibe2 ade jemputan konferens dari CSA kalel, sempat borak sekejap dengan dak2 netwoking.. lebeh2 lagi CT, tapi kejap je laaa.. lepas tu banyak kerje lain..

sebelom balek sempat tengok magic dak2 opis buat.. ntah ape2.. asek kene buli jer.. dapat bulimia kang.. kueng2..

balek tuh Keirul cam demam.. dia ajak makan, tapi orang kenyang plus bawak orang makan kat situh.. kedai camtuh orang tak lalu sangatt.. cam pakse makan je kang.. bukan low class ke ape.. tapi cam ... eishh tak yah cakap laa.. pasar malam lagik beshh kott..

balek tu sempat tengok prison break kejap kat 8tv kott.. si Scofield nih tak yah lari laa.. sian tengok cam pelarian jerk.. da memang perlarian pon.. tak larat sebenarnye .. ngantok lerr.. keje 48 jam nehh..

tingat umi kol malam tadik, suroh pahamkan isi surat yang umi dapat.. umi baca surat omputih .. sonok dengar :P cam dengar radio lakk.. sudahnye orang pon tetedo..

bile nak abes contract neh.. penat laa tapi tanak berenti.. ape nih??# ari nih ari ke berapa entah kerje tanpa siva, tadek beze sangat pon cume kalau ngan steve bising siket, banyak bende nak pok pek.. die nih suke curious.. siket2 kuar soklann.. pastu try tak jadik2 :D

kalau ngan nicole lak, ade makan2 .. cakap tak banyak sangaat tapi lebeh jugak dari siva.. tapi orang bukan kesah pon dengan sape2 janji gi keje dapat gaji..

pagi2 dapat emel dari OM pasal data updet, pelik gak orang ada isu camni, side orang yang salah ker.. bile cek balek dalam sistem, ade je details.. jangan salahkan saye dah ler.. tapi tak kesah sangat pon, sebab OM pon tau memang data tu ada.. may be others dunno where to grab that thing..

which want u prefer moving fast or moving up? me, fast, up or slow.. its all gud as long as we happy wif whut we have.. and does not mean whutever we own right now would stay forever..
perhaps the gud will remain and the bad will convert..

today is our anniversary.. i received calls from ema during noon, she wished me happy birthday!! and sorry for the late wish.. ahahahhahahaa.. how come u can wish my birthday without any gift.. muaahahahhahaha... cause its not true.. is not my befdei today..

u dreaming..


Posted at 04:20 pm by tuan-punye-blog
isH, nak kEne tamBah niH!!  

Text user interface

Sunday, May 20, 2007

From Wikipedia, the free encyclopedia

TUI short for: Text User Interface or Textual User Interface (and sometimes Terminal User Interface), is a retronym that was coined sometime after the invention of graphical user interfaces, to distinguish them from text based user interfaces. TUIs are different from command-line interfaces in that, like GUIs, they use the entire screen area and do not necessarily provide line-by-line output. However, TUIs only use text and symbols available on a typical text terminal, while GUIs typically use high resolution graphics modes.


TUI under MS-DOS



On IBM PCs, the BIOS and MS-DOS system calls provide a way of writing text on the screen, and the ANSI.SYS driver could process standard ANSI escape sequences. However, programmers soon learned that writing data directly to the screen buffer was much faster, as well as being much simpler to program and less error-prone. This change in programming technique resulted in a large number of MS-DOS TUI programs. Some notable programs of this kind were Microsoft Word, MS-DOS Shell, WordPerfect, Norton Commander, Borland Turbo C (which included the conio library), and many others. Most often those programs used blue background for the main screen, with white or yellow characters. Soon mouse input was added, providing additional functionality. Later, the interface became deeply influenced by GUIs, adding pull-down menus and dialog boxes.



TUI under Unix-like systems



In the Unix world, TUIs are often constructed using the terminal control library curses, or ncurses, a mostly compatible library.

The advent of the curses library with Berkeley Unix created a portable and stable API for which to write TUIs. The ability to talk to various text terminal types using the same interfaces led to more widespread use of "visual" Unix programs, which occupied the entire terminal screen instead of using a simple line interface. This can be seen in text editors such as vi, mail clients such as pine or mutt, system management tools such as SMIT or SAM, and web browsers such as lynx or w3m.

In addition, the rise in popularity of Linux brought many former MS-DOS users to a Unix-like platform, which has fostered an MS-DOS influence in many TUIs. The program minicom, for example, is modeled after the popular MS-DOS program Telix. Some other TUI programs, such as the Twin desktop, were ported over.


Posted at 07:19 pm by tuan-punye-blog
isH, nak kEne tamBah niH!!  

Mila Juara AF5

Sunday, May 20, 2007

semalam menyaksikan kemenangan perempuan pertama di akademi fantasia sejak 4 tahun lalu..
berbaloi betol tengok AF kali ini.. sebab saya juga mengafundi Mila :D

rasanya strategi Astro kali ni dengan memaparkan kedudukan terkini pelajar semasa konsert adalah tindakan yang paling bijak.. ini dapat memastikan ketidakpuasan hati tidak berlaku.. huaauhuahua.. sebenarnya memastikan siapa yang layak tidak tercicir..

semalam juga adalah hari terakhir Aznil di akademi fantasia.. selamat maju jaya pada Aznil dan juga diri saya sendiri.. hik hik..





My Heart
So sweet...

disini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia kudenganmu

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bilakah kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win our love will conquer all
wouldn't risk my love even just one night
our love will stay in my heart
my heart

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bilakah kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

bilakah kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang




Benci Tapi Rindu
Lagu ni selalu dikaraoke di rumah dulu.. suka sangat lagu ni.. antara lagu lama yang popular untuk karaoke..


Bukan hanya sekedar penghibur
Diriku ini sayang
Bukan pula sekedar pelepas
Rindumu oh sayang
Sakit hatiku
Kau buat begini

Kau datang dan pergi
Sesuka hatimu
Oh... kejamnya dikau
Teganya dikau padaku

Kau pergi dan datang
Sesuka hatimu
Oh... sakitnya hati
Bencinya hati padamu

Sakitnya hati ini
Namun aku rindu
Bencinya hati ini
Tapi aku rindu




Ku Takkan Bersuara
Lagu ni asalnya nyanyian arwah Nike Ardila yang dahulunya meninggal sewaktu beliau sedang popular kerana kemalangan kalau tak silap.. Mila nyanyi walaupon ada tercekik (pancit) sekali tapi tetap sedap dengan gemersik nya..


Izinkan Cintaku
Berbunga Dihatimu
Biar Terus Mekar Jadi pengalaman
Telah Lama Ku Dahaga
Belaian Seorang Insan
Semoga Bersamamu
Ceria Hidupku

c/o
Ku Tak Akan Bersuara
Walau Dirimu Kekurangan
Hanya Setiamu Itu Kuharapkan
Ku Tak Akan Menduakan
Walau Kilauan Menggoda
Kasih Dan Sayangku
Tetap Utuh Untukmu
Hanya Kupinta Darimu setialah Selamanya
Sehingga Abadi...
Cinta Ini Sayang Itu Kudoakan

Tak Mungkin Kan Terjadi
Kehancuran Cinta Kita
Andainya Hatimu
Seperti Hatiku




Pudar


Kurasakan pudar dalam hatiku
Rasa cinta yang ada untuk dirimu
Ku lelah dan yang semua yang ada
Ingin ku lepas semua

Setan dalam hati untuk bicara
Bagaimana kalau ku selingkuh saja
Ku punya banyak teman lelaki
Sepertinya ku kan bahagia

Mestinya kau cari pengganti diriku saja
Karena kita sudah tak saling bicara
Pastikan cerita tentang cinta yang telah lalu
Hanya ada dalam ingatan hatimu

Maafkan aku jika kau kecewa
Cintamu bukanlah untuk diriku
Jika memang semua kan jadi cerita
Ku tau kau semakin terluka




Drama
Lagu ini pada konsert AF5 minggu 6. Thums up!! Luv it when u played on the dancer's body instead of piano


Bagai sebuah mimpi..
Milik sang puteri..
Putera yang dinanti
Melanda jiwa yang sepi..
Begitulah aku..
Pada kala ini..
Bagai terbuai-buai
Di alam fantasi..

Asmara ini
Menggubah rasa
Yang Luar Biasa
Asmara ini
Menggubah rasa
Bayangan indahnya syurga

Dramatari cinta pun tercipta
Penuh uraian aneka warna
Karya yang terindah
Asmara ini
Menggubah rasa
Sebuah rapsodi keriangan

Bulan jatuh ke riba
Mimpi jadi nyata
Kasih yang kudambakan

Hadir menjelmakan diri
Takkan kulepaskan
Takkan kusiakan

Anugerah teragung
Yang kau persembahkan

Ulang *

Percayalah kasih
Hanyalah dirimu
Setiap denyut nadi dan heretan nafasku

Di dalam jaga
Mahupun lena
Tiap ketika




Puncak kasih

Dalam air... tenang
Arus menyusur... damai
Sesekali embun yang menitis... memecah
Di mana percikkannya di mata
Lalu kusentuh
Basahnya kejernihan

Dalam hati... sunyi
Bagai hening pagi
Tiada beza lagi kedukaan ini
Andai nilai setia... tiada
Bagaimana pula nantinya
Di dalam istana

Retak kasih ini
Berlimpahan rona luka
Telah pun kita simpan
Tak sedikit sejarah percintaan

Puncak kasih kita
Rendangnya oh... seketika
Bagai cerita...
Satu mimpi episod cinta

Terpaksa aku redha
Walaupun dalam nyata
Kau merisik... tanpa
Tidak ku percaya

Dalam air... tenang
Hati melawan... sunyi
Tiada beza lagi... kedukaan ini
Andai nilai setia... tiada
Bagaimana pula nantinya
Di dalam istana serikan warnanya
Hebatkah cinta (more)




Bersama
Konsert AF5 Minggu 1
tak best pon masa ni, tak ada sape nak afundi dia kot.. nasib baik zana tarik diri.. kalau tidak memang dah tersingkir Mila time nih..





Gotta to tell you

Your love for me came as a waterfall
Flowin' inside me like never before
Your love for me, somethin' I didn't see
But baby, I know better now

When you walk in the room that very night
A special feelin' just burst inside
It was only you, nobody else
But baby, I know better now

Don't wanna love you if you don't love me
Don't wanna need you when you won't need me too
Don't wanna tell you this now, but it wouldn't be
right
If I didn't tell you this tonight

Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah

And now you're back inside my house again
I'm tryin' deeper to explain
'Cause baby, I wanna get it on
And baby, you're the one for me

But now that I have got you all alone
After all this talkin' on the phone
I should be strong, there's nothing wrong
I'll tell you this is where you belong, where you
belong

Don't wanna love you if you don't love me
Don't wanna need you when you won't need me too
Don't wanna tell you this now, but it wouldn't be
right
If I didn't tell you this tonight

Don't wanna love you if you don't love me
Don't wanna need you when you won't need me too
Don't wanna tell you this now, but it wouldn't be
right
If I didn't tell you this tonight

It was just something in your eyes
That made me realize
But now I hear voices deep inside
Tellin' me, tellin' me

Don't wanna love you if you don't love me
Don't wanna need you when you won't need me too
Don't wanna tell you this now, but it wouldn't be
right
If I didn't tell you this tonight

Don't wanna love you if you don't love me
Don't wanna need you when you won't need me too
Don't wanna tell you this now, but it wouldn't be
right
If I didn't tell you this tonight




Melukut di tepi gantang
Start Mila di sukai dengan lagu ini, sangat menyentuh walaupun hanya duduk lumpuh.. urkk :P


Di malam yang sunyi
Dudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi

Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namunkah hanya sekadar
Tinggal kata-kata
Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan..

Dulu pernah kau katakan
Sayangg..
Ingin mendengarku berlagu riang..
Menawar duka laraku
Lupakan saja..
Derita yang berlalu
Tapi mengapa dirimu, kasih..
Ibarat lalang ditiup angin
Kasihmu diracun
oleh kata fitnah
penuh hina
Hingga kini kau biarkan saja..
Diriku menanggung sepi
Dengan irama dukaku
Yang tak bermakna
bagimu...


Posted at 11:04 am by tuan-punye-blog
isH, nak kEne tamBah niH!!  

Don't buy Vista Security
Next Page

Blogdrive